Friday 5 October 2012

hadapi hari dengan senyuman!

sebagai remaja kita tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam menjalani hari. macam aku sendiri! macam2 masalah ada. datang silih berganti. pergi satu masalah. datang dua masalah baru. huhu! tapi ape boleh buat. life must go on. walaupun semua ni amatlah menyerabutkan otak,tapi harus digagahkan jugak diri ni utk cool sentiasa. bukan kite je yg ade masalah. org lain mbye ade mslah yg lebih berat dari kita yg tak mungkin tertanggung.

setakat kite2 yg ade masalah sekecil kuman tu,lebih baik relax2 sudah. tak perlu nak tension2 sgt.cakap mmg lah senang kan! tapi org yg berhadapan dgn situasi tu saje yg tahu betapa geramnya dia! lebih2 lagi bila berhadapan dgn manusia yg ada perangai mcm2 ragam. tak berkawan salah! bila kawan susah pulak yg dapat. jadi,penyelesaiannya adalah lebih baik berkawan dgn seseorng secara ala kadar saje. kalau lebih2 nanti lain pulak jadinya. gaduh la,itu laaa..mcm2 ada.

hurmm..dah la org sekeliling menyerabutkan otak,jgn pulak kita tmbah bebanan itu dgn melakukan hal2 yg tidak mendatangkan faedah. misalnya melepak,bergaul tidak tentu arah sana sini dan lain2 lagi lah. memilih rakan adalah sgt penting! jgn tersalah pilih rakan! kelak diri yg akan merana. aku sendiri fobia la nak kawan dgn org baru. tapi tak bole la mcm tu kan. bukan ape,mule2 kite tak kenal org tu mcm mane. igt baik..tup3 ade misteri di sebaliknya! huhh,ape bole buat. cabut lari lahh!! nak kata mnyesal tu pun ade jgak! tapi harus kita berfikiran positif. setiap yg berlaku ada kebaikannya.

harus kita bersyukur sabab kita masih diberi peluang untuk memperbetulkan apa yang salah dan memperbaiki apa yang kurang. andai begitu bnyak mslah yg datang melanda,cuba berfikir sejenak. adakah ia silap org lain atau mungkin salah kita sendiri? biarkan org lain hendak berbuat apa. yg penting diri kita sendiri harus berubah. berubah mnjadi lebih baik!! kita tidak akan rugi jika menjadi baik. bahkan bnyak perkara baik yg menanti. tunggu dan lihat sahaja hasinya.

Thursday 4 October 2012

tabah jalani hidup.

Hidup ini tak semuanya indah belaka. namun ia tidaklah seteruk dan seburuk yang kita fikirkan. setiap sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi. setiap individu harus percaya dan berpegang teguh bahawa setiap yang berlaku ada sebab dan alasannya yang tersendiri. jika kita tidak dapat melihat kebaikan itu sekarang,kelak di masa akan datang kita pasti akan menyedari setiap yang berlaku ada hikmahnya. tuhan tidak akan memberikan sesuatu yang membawa kemudaratan kepada umatnya. setiap ujian dan dugaan yang diberikan adalah satu jalan untuk kita berubah menjadi lebih baik serta bijak untuk menghadapi hidup ini. ia juga adalah satu peringatan agar kita tidak mengulangi lagi kesilapan dahulu.. kita saharusnya belajar daripada masa lalu. masa lalu dan pengalaman wajar dijadikan medium untuk membina hidup yang lebih harmoni serta maju. jadikan setiap pengalaman yang ditempuh sebagai satu guru untuk memacu hidup agar lebih bermakna. jangan sesekali menyesal dengan apa yang pernah terjadi. sebenarnya penyesalan itulah yang akan menjadikan kita lebih baik daripada hari ini!